Majlis   Perundingan   Nasional   II
(M A P E N   I I)
by
Ahi Sarok


TABLE OF CONTENTS

1.0 PENDAHULUAN
2.0 KAUM BIDAYUH
3.0 DASAR EKONOMI BARU
4.0 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
        4.1 SEKTOR PELANCONGAN
5.0 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
6.0 DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
7.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT) DAN MASYARAKAT BIDAYUH
8.0 DASAR PENSWASTAAN
9.0 PENGAMBILAN TANAH NCR UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN
10.0 CADANGAN UNTUK MAPEN 2
        10.1 CADANGAN TERHADAP DASAR PENDIDIKAN NASIONAL
        10.2 PEMBINAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
        10.3 PEMBANGUNAN DAN PENGAMBILAN TANAH NCR
        10.4 MEMBANGUNKAN KAWASAN YANG MEMPUNYAI DAYA TARIKAN PELANCONGAN
        10.5 MENAMBAHKAN KUOTA BAGI MASYARAKAT BUMIPUTERA YANG LAIN DALAM PERKHIDMATAN AWAM


1.0 PENDAHULUAN
MEMORADUM ini mengandungi beberapa pandangan dan pendapat masyarakat Bidayuh tentang perkembangan politik dan sosio-ekonomi negara kita. Ia bertujuan antara lain untuk menyampaikan hasrat dan harapan masyarakat Bidayuh dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Jangka Panjang Tiga (RPJP III). RPJP III ini akan digubal oleh kabinet setelah mendapat input-input dari Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN). Adalah diharapkan agar perhatian dan cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam MEMORANDUN ini dapat dimanfaatkan sebagai input yang berguna kepada MAPEN dalam menggubalkan dasar pembangunan negara dalam alaf baru ini.
 

[BACK TO TOP]

2.0 KAUM BIDAYUH
Kaum Bidayuh merupakan golongan minoriti di Sarawak. Pada tahun 1998 lebih kurang 167,000 kaum Bidayuh terdapat di Sarawak.

Jumlah ini merupakan 8.5 peratus dari jumlah penduduk penduduk Sarawak yang dianggarkan berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Dari segi demografi kebanyakan kaum Bidayuh tinggal di Daerah Serian dalam Bahagian Samarahan, di kawasan-kawasan Padawan, Siburan dan Penrissen di Daerah Kuching/Bahagian Kuching dan Kawasan Jagoi, Krokong, Serapi, Serumbu di Daerah Bau, dan sebilangan kecil tinggal di Daerah Lundu. Kaum Bidayuh boleh dibahagikan kepada empat suku kaum yang utama mengikut loghat yang mereka gunakan iaitu, Bukar-Sadong di Daerah Serian, Biatah bagi mereka yang tinggal di kawasan Padawan, Siburan dan Penrissen, Bau-Jagoi di Daerah Bau dan Lundu, dan Salako-Lara bagi kumpulan yang tinggal didaerah Lundu dan Sematan. Sejak merdeka hingga sekarang, kaum Bidayuh di Sarawak masih ketinggalan di dalam banyak aspek khususnya dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Terdapat terlalu kecil bilangan kaum Bidayuh yang terlibat dalam bidang perniagaan sungguhpun peluang terbuka luas untuk membuat demikian seperti yang terdapat di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Dasar Penswastaan, Dasar Pertanian Ketiga (NAP 3).
Manakala lebih banyak lagi yang perlu dilakukan agar kaum Bidayuh tidak terus ketinggalan dalam bidang pendidikan. Daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun ini terdapat hanya lebih kurang 600 orang Bidayuh yang merupakan lepasan Diploma dan mendapat Izajah Sarjana Muda. Bilangan ini sungguh kecil jika dibandingkan dengan masyarakat pribumi yang lain di Sarawak.
 

[BACK TO TOP]

3.0 DASAR EKONOMI BARU
Pembangunan ekonomi negara semenjak tahun 1963 hingga tahun 1980-an dipandu oleh dasar-dasar kerajaan yang pragmatis.

Melalui jentera pentadbiran perkhidmatan awam, dan juga perbadanan awam, kerajaan telah menggerakkan aktiviti ekonomi dalam bidang dan hala tuju yang diingini. Perkara ini jelas dilihat dalam dasar pembangunan seperti Rancangan Buku Merah (RBM), dan Rancangan Pembangunan Jangka Panjang Satu (RRJPI) atau lebih dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat tertentu; RBM untuk membangunkan kawasan luar bandar, dan DEB untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang menjadi salah satu faktor tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Penelitian prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan betapa ekonomi negara telah membangun dengan pesat. Pertumbuhan yang pesat yang berlaku selepas negara kita mengalami kemelesatan pada pertengahan 1980an adalah hasil daripada dasar ekonomi yang mapan. DEB menekankan falsafah pembangunan yang seiring dengan pengagihan.

Walaupun pada mulanya kurang disenangi oleh golongan bukan Bumiputera khususnya parti pembangkang, DEB dianggap dasar yang pragmatik dan dianggap dasar yang dapat menyatupadukan penduduk berbilang bangsa di Malaysia. Selain daripada membantu golongan Bumiputera, kesan sampingan DEB juga turut dirasai oleh sebilangan penduduk bukan Bumiputera khususnya golongan peniaga.
 

[BACK TO TOP]

4.0 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Selepas tamat pelaksanaan DEB pada tahun 1990, kerajaan terus berusaha membangunkan ekonomi melalui Rancangan Pembangunan Jangka Panjang 2 (RPJP2) yang berteraskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN masih meneruskan semangat dan matlamat DEB yang menekankan pembangunan yang seimbang untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu. Objektif DPN adalah seperti berikut:
o Mengubah tumpuan usaha membasmi kemiskinan di kalangan golongan yang termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif;
o Menekankan soal pekerjaan dan pembangunan Masyarakat Perdagangan Perindustrian Bumiputera yang aktif;
o Sector swasta digalakkan memainkan peranan yang proaktif dalam usaha menyusun semula masyarakat; dan
o Menumpukan usaha pembangunan sumber manusia sebagai satu keperluan asasi untuk mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan.

Beberapa strategi telah digunakan untuk membangunkan masyarakat Bandar dan luar Bandar. Dalam era DEB, pendekatan seperti pembangunan in-situ dilakukan, Perbanandan Awam seperti Federal Land Custody and Rehabilitation Authority (FELCRA) dan Federal Land Development Authority (FELDA) di peringkat persekutuan diwujudkan dengan tujuan untuk membantu pemilik tanah membangunkan tanah milik mereka secara komersial. Di peringkat negeri Sarawak, Sarawak Land Development Board (SLDB), Sarawak Land Custody Rehabilitation Authority (SALCRA) dan Land Custody and Development Authority (LCDA) Integrated Agriculture Development Project (IADP) telah diwujudkan untuk merancakkan lagi proses pembangunan. Selain itu, pelbagai agensi lain juga diwujudkan untuk membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan di Sarawak. Agensi-agensi tersebut adalah seperti Sarawak Economic Development Cooperation (SEDC), Sarawak Timber Industry Development Cooperation dan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (PPLS). Perbadanan Awam-Perbadanan Awam ini telah mencapai beberapa kejayaan di peringkat negeri dalam membawa pembangunan di negeri Sarawak. Selain SALCRA dan LCDA, perbadanan-perbadanan awam lain tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan di kawasan penempatan utama masyarakat Bidayuh. Kerajaan juga telah melaksanakan konsep Kawasan Pertumbuhan Desa (Rural Growth Centre (RGC)) bagi merancakkan lagi pembangunan di luar bandar. Salah satu strategi RGC ialah dengan membangunkan pekan-pekan kecil di kawasan pedalaman dengan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air, sekolah, klinik desa dan jalan raya di samping menggalakkan penduduk setempat untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi yang boleh memberi pulangan yang menguntungkan kepada masyarakat umum. Terdapat dua kawasan RGC yang telah dikenalpasti di kawasan Bidayuh iaitu Bandar Mutiara di dalam Daerah Kecil Tebedu, dan satu lagi di kawasan Bayur di kawasan Penrissen. Malangnya, dari segi pelaksanaannya ia agak perlahan walaupun ia telah diumumkan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri hampir lima tahun yang lalu. Di Bandar Mutiara, Tebedu pihak kerajaan melalui LCDA telah membina kedai dan pusat membeli-belah tetapi tidak kelihatan sebarang kegiatan perniagaan dijalankan di situ. Di samping itu, kegiatan perniagaan di kawasan tersebut di satu masa nanti akan dimonopoli oleh peniaga yang bukan dari kawasan tersebut. Kewujudan Bandar Mutiara yang berhampiran dengan sempadan Sarawak/Kalimantan juga boleh dikritik kerana akan meluaskan aktiviti penyeludupan dan kegiatan perniagaan yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat tempatan di Bandar Mutiara.

Cadang untuk membuka zone industri ringan Bandar Mutiara Tebedu merupakan satu idea yang baik, kerana bukan sahaja ia akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mampu mengurangkan kadar penghijrahan dari desa ke bandar.

Strategi ini mungkin tidak mendatangkan faedah secara langsung kepada penduduk tempatan kerana yang akan merebut peluang pekerjaan adalah rakyat asing yang sanggup menawarkan tenaga buruh dengan kadar yang lebih rendah jika dibandingkan dengan penduduk tempatan.

Kewujudan zone industri ringan juga di Bandar Mutiara akan melibatkan proses pengambilan Tanah Hak Adat (NCR) yang dimiliki oleh masyarakat Bidayuh. Pengambilan NCR membawa pelbagai konotasi sama ada yang psoitif atau negatif, dan jika tidak ditangani dengan baik oleh pihak berkuasa akan membawa persepsi negatif di kalangan masyarakat khususnya para pengundi. Ini adalah kerana pihak pembangkang akan menggunakan isu pemgambilan tanah NCR untuk memancing undi dan mengesa pemilik tanah membenci kerajaan. Kekeliruan ini boleh diatasi dengan menyediakan saluran yang mencukupi untuk berdialog dengan pemilik-pemilik tanah selain membolehkan pemilik-pemilik tanah memegang sebahagian daripada ekuiti yang ada di dalam syarikat atau membolehkan mereka mewujukkan KOOPERASI untuk melabur di dalam syarikat berkenaan. Selain daripada itu, pihak berkuasa perlu memberi pampasan yang munasabah kepada para pemilik tanah.

Bagi RGC di Penrissen, cadangan untuk penubuhannya telah dirancangkan dalam RM7, tetapi pelaksanaannya masih belum dimulakan. Pelaksanaannya juga akan mengambil proses pengambilan tanah seperti yang terdapat di Bandar Mutiara, Tebedu.

Justeru itu, pihak berkuasa perlu mengadakan rundingan supaya pemilik-pemilik tanah NCR tidak merasakan mereka kerugian akibat daripada pengambilan tanah tersebut. Selain itu, kerajaan juga boleh memberi keutamaan kepada kontraktor yang terdiri dari kaum Bidayuh untuk membina projek tersebut atau terlibat dalam membekal dan menyediakan perkhidmatan yang akan digunakan di tapak RGC berkenaan.

Selain daripada pendekatan RGC seperti yang dibincangkan di atas, kerajaan negeri melalui rancangan Village Integrated Development Project (VIDP) telah mengenalpasti beberapa buah kampung di mana rancangan projek tersebut akan dilaksanakan.

Walaupun masih di peringkat konseptual, pelaksanaannya perlu juga disegerakan khususnya di kampung-kampung yang jauh terpinggir. Adalah diharapkan dengan terlaksananya projek tersebut lebih banyak lagi kawasan yang terpinggir dapat dihubungi dengan jalanraya dan kampung-kampung tersebut juga dapat menikmati kemudahan asas yang turut dibawa bersama melaui projek VIDP di kawasan pedalaman.
 

[BACK TO TOP]

4.1 SEKTOR PELANCONGAN
Sektor pelancongan domestik turut menyumbang dalam KDNK negara amnya dan negeri Sarawak khasnya. Bagi masyarakat Bidayuh terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh dimajukan oleh kerajaan untuk tarikan pelancong sama ada pelancongan dalaman atau pelancong asing. Selain Borneo Height yang teletak di kawasan Hulu Padawan, kawasan-kawasan pelancongan lain di Bau, Serian dan kawasan pantai Sematan belum lagi dibangunkan sepenuhnya sebagai destinasi pelancongan. Dalam RPJPIII atau RM8 dan RM penekanan serious perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan sektor swasta untuk memajukan sektor ini supaya ia dapat terus menyumbang kepada KDNK negera dan membawa pulangan yang menguntungkan kepada penduduk tempatan.
 

[BACK TO TOP]

5.0 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bagi kita di Malaysia pendidikan bukanlah masalah pengajian (akademik professional dan teknikal) dan latihan tenaga manusia semata, tetapi banyak melibatkan soal budaya, soal pembangunan insan, soal kecemerlangan ilmu, soal perpaduan kaum dan masalah bahasa kebangsaan, bukan sahaja sebagai alat pendidikan tetapi juga sebagai alat pembangunan. Sejak Merdeka, kita telah berusaha untuk membina satu system pendidikan yang berteraskan falsafah, budaya dan nilai "bangsa Malaysia" sendiri dan berdasarkan matlamat pembangunan yang sesuai dengan keadan dan keperluan bangsa kita. Pada tahun 1988 Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dirumus dan dinyatakan sebagai:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadau untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Pada tahun 1996, dengan tergubalnya Akta Pendidikan (yang menggantikan Akta Penalaran 1961) dan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, kami menggangap sebagai perubahan yang boleh menjejaskan sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada, terutama dari segi perpaduan dan jati diri kebangsaan. Apa tidaknya, kewujudan IPTS yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala di IPTA, bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa pengantar di dalam Bahasa Inggeris di IPTS nampaknya nenidakkan kepentingan Bahasa Malaysia dan membawa implikasi yang besar khususnya dari segi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan bagi kelulusan dari IPTA dan IPTS di mana pihak swasta lebih gemar menawarkan peluang pekerjaan kepada lulusan yang boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Pada tahun 1998 terdapat lebih 195 IPTS di Malaysia. Dari jumlah ini hanya 10 peratus dimiliki oleh kaum Bumiputera (Melayu).

Sebanyak 250 daripada IPTS tersebut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dari segi kemasukan hanya 5 peratus daripada pelajar di IPTS adalah pelajar Bumiputera. Manakala tidak sampai 0.01 peratus daripada jumlah pelajar di IPTS adalah daripada kaum Bumiputera keturunan Bidayuh. Ini menunjukkan betapa IPTS itu tidak menyumbangkan kepada peningkatan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi kaum Bumiputera di Malaysia. Selain itu timbul juga persolan-persoalan lain akibat dari kewujudan IPTS, misalnya kesukaran yang dialami oleh pelajar Bumiputera.

Pelajar-pelajar Bumiputera khususnya yang datang dari luar bandar didapati sukar memahami kuliah dan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan Bumiputera yang berada dan kurang berada, dan di kalangan kaum Bumiputera dn bukan Bumiputera. Kewujudun IPTS dilihat akan memburukkan lagi jurang perbezaan di antara kaum-kaum di Malaysia, malah ia juga akan mengurangkan kemungkinan pergaulan antara kaum dan seterusnya menyukarkan perpaduan kaum seperti yang ingin dicapai dalam WAWASAN 2020.

Salah satu perubahan yang ketara di dalam Dasar Pendidikan Negara ialah Pengkropratan IPTA. Dasar kerajaan untuk mengkorporatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tujuan pengkorporatan IPTA ialah untuk membebaskan IPTA daripada kerenah peraturan birokrasi agar IPTA ditadbirkan dengan lebih cekap.

IPTA dibenarkan mencari sumber kewangan sendiri untuk membiayai rancangan pembangunannya dan untuk memberi ganjaran yang lebih menarik kepada tenaga akademiknya. Dasar pengkorporatan IPTA dan kelonggaran yang dibuat oleh kerajaan dalam penglibatan pihak swasta dalam bidang pendidikan merupakan pendekatan baru dalam pendidikan di Malaysia. Dengan mengenakan yuran kemasukan dan pengajian yang tinggi di IPTA ramai di kalangan golongan yang kurang bernasib baik khususnya penduduk di luar bandar didapati tidak mampu untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka di IPTA. Jika cadangan pengkorporatan IPTA tidak ditangani dengan baik ia akan membawa impak yang negatif kepada pembangunan negara.

Selain persoalan pongkorporatan IPTA, dasar untuk mewujudkan Sekolah Bestari (Smart School) juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan khususnya dari segi pelaksanaannya di negeri-negeri yang tidak mempunyai prasarana yang mencukupi untuk melaksanakan Sekolah Bestari. Di Sarawak lebih 45 peratus sekolah rendah adalah terletak di kawasan luar bandar di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang terpinggir. Kebanyakan dari sekolah ini tidak mempunyai bekalan eletrik, kalau adapun bekalan eletrik ini diperolehi dari generator. Kemudahan ini didapati tidak sesuai untuk pelaksanaan Sekolah Bestari. Tetapi jika ia tidak dilaksanakan maka yang rugi adalah mereka yang tinggal jauh di pedalaman, bukan sahaja mereka ketinggalan dalam arus pembangunan perdana malah terus terpinggir dalam system pendidikan itu sendiri. Bagi masyarakat kaum Bidayuh di Sarawak, terdapat banyak kampung di Daerah Serian, kawasan Padawan, Penrissen, kawasan Serumbu, Jagoi di Bau dan Lundu yang masih tidak mempunyai bekalan eletrik yang mencukupi. Persoalannya bagaimanakah Sekolah Bestari seperti mana yang telah gembar-gemburkan pelaksanaannya akan dilaksanakan di kawasan tersebut.

Keadaan sekolah khususnya sekolah rendah kebangsaan yang dahulunya ialah Mission Primary Schools masih lagi dalam keadaan fizikal yang amat daif, dan ada kalanya sekolah-sekolah jenis ini tidak mempunyai bilik darjah yang mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Ini adalah kerana sekolah-sekolah tersebut tidak menerima peruntukan kewangan yang mencukupi dari Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman yang terpinggir. Di kawasan-kawasan yang terpinggir, di Sarawak, kanak-kanak sekolah yang berusia lebih kurang 6 tahun dikehendaki tinggal di asrama di sekolah rendah. Ini adalah kerana untuk ke sekolah mereka terpaksa berjalan kaki hingga beberapa jam untuk sampai ke sekolah kerana tidak ada system jalanraya yang baik. Mereka terpaksa melalui jalan hutan untuk sampai ke sekolah.

Pendidikan pra-sekolah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada awal tahun 2000 mempunyai implikasi yang besar kepada masyarakat luar bandar khususnya masyarakat Bumuputera di Sarawak. Di kawasan luar bandar tidak semua sekolah mempunyai guru yang terlatih untuk mengendalikan kelas-kelas berkenaan.

Apa yang merumitkan adalah kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang mencukupi. Di samping itu, guru-guru kelas pra-sekolah yang telah terlatih mungkin enggan berkhidmat di luar bandar kerana persekitaran sekolah atau tempat kerja yang tidak memuaskan. Jika dasar tersebut dilaksanakan, yang rugi adalah masyarakat luar bandar yang kebanyakannya adalah golongan Bumiputera yang masih mundur dalam pelbagai aspek.

Seperkara yang penting dalam dasar pendidikan kebangsaan ialah pengajaran Bahasa Ibunda yang lebih dikenali sebagai pupil own language. Di Malaysia, selain dari masyarakat Cina dan India, masyarakat lain seperti masyarakat Iban di Sarawak dan masyarakat Kadazandusun di Sabah telah dibenarkan untuk mempelajari bahasa Ibunda mereka, iaitu Bahasa Iban bagi masyarakat Iban dan Bahasa Kadazandusun bagi Masyarakat Kadazandusun. Harapan masyarakat Bidayuh ialah agar satu hari nanti Bahasa Bidayuh turut dipelajari oleh para pelajar Bidayuh di sekolah di mana sebilangan besar di kalangan murud di sekolah tersebut adalah murid-murid berbangsa Bidayuh. Kaum Bidayuh juga berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Pendidikan Malaysia atau Maktab Perguruan turut melatih guru-guru Bahasa Bidayuh di peringkat maktab. Jika ini dapat dilakukan oleh Kementerian dalam melatih guru-guru Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan Dusun, kami masyarakat Bidayuh dengan penuh yakin dan percaya bahawa Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan atau Maktab Perguruan di Sarawak mampu melatih guru-guru dalam Bahasa Bidayuh. Bagi kami masyarakat Bidayuh, mempelajari Bahasa Bidayuh adalah merupakan suatu yang penting dalam mengekalkan jati diri masyarakat sebagai sebahagian daripada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sehubungan itu, adalah diharapkan juga agar Jabatan Pendidikan Negeri turut membantu Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (Dayak Bidayuh National Association dalam menggubal kurikulum Bahasa Bidayuh sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah nanti.
 

[BACK TO TOP]

6.0 DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Pembangunan sumber manusia merupakan aspek yang penting dalam pembangunan negara pada alaf ini baru dan alaf yang akan datang. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara perindustrian menjelang 2020, negara memerlukan sumber manusia yang terlatih dalam pelbagai bidang. Sejajar dengan keperluan tersebut, negara telah menekankan kuota pengambilan pelajar ke IPTA dalam bidang sains dan teknologi dan dalam bidang sastra. Kuota tersebut dalam setiap pengambilan ialah 60 peratus bagi kemasukan dalam bidang Sains dan teknologi dan 40 peratus bagi kemasukan dalam bidang sastera. Selain itu, di IPTA pelajar di dalam bidang sastera digalakkan untuk mengambil kursus-kursus yang berkait rapat dengan bidang teknologi maklumat (IT) agar mereka boleh menjadi pekerja yang terlatih dalam pelbagai bidang (multi-disciplinary).

Dengan kebolehan yang ada dalam bidang IT diharapkan mereka boleh menjawat jawatan dalam sektor swasta tanpa perlu bergantung kepada sektor awam semata-mata.

Bagi masyarakat Bidayuh di Sarawak, kami perhatikan bahawa terdapat isu atau masalah di dalam pendekatan ini. Jika ditinjau dari segi bilangan lepasan IPTA di kalangan masyarakat di dalam bidang sains, kejuteraan dan teknologi maklumat, ia tidak mewakili dua peratus daripada mereka yang telah memperolehi kelulusan dari Menara Gading. Jumlah ini terlalu kecil jika dibanding dengan kaum yang bukan Bumiputera atau kaum Bumiputera yang lain yang bukan kaum Bidayuh. Oleh yang demikian kita telah menyaksikan bahawa di dalam bidang profession tertentu di negara kita dimonopolikan oleh kumpulan etnik tertentu sahaja. Ini jelas membuktikan bahawa walaupun pelbagai dasar telah digubal, ia masih lagi belum dapat merapatkan jurang perbezaan di kalang masyarakat berbilang kaum di negara kita.
 

[BACK TO TOP]

7.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT) DAN MASYARAKAT BIDAYUH
Pada alaf baru dan dengan munculnya Lebuh Raya Multi Media (MSC) di negara, Teknologi Maklumat akan menjadi pemangkin kepada pembangunan. Kemunculan konglomerat atau syarikat Multi National Cooperation (MNC) di MSC akan merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat di Malaysia. Dengan munculnya MSC, dan lebuhraya maklumat Malaysia akan menjadi pusat kepada penggunaan IT di rantau Asia Tenggara. Pelaksanaan MSC telah membawa pelbagai implikasi negatif kepada negara kita.

Implikasi-implikasi tersebut jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan;

o Kegiatan cetak rompak yang dilakukan oleh golongan yang ingin memperolehi dengan cara yang cepat tanpa menghiraukan undang-undang negara;
o Negara terpaksa mengimpot unsur-unsur yang negatif dari barat melalui pengunaan internet, misalnya golongan remaja akan melayari laman-laman atau bahan-bahan phonografi;
o Laman internet digunakan untuk menyebar maklumat atau berita yang kurang tepat berkenaan dengan dasar kerajaan atau digunakan untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan jika maklumat ini diperolehi oleh negara lain ia akan memberi gambaran yang negatif terhadap negara; dan
o Internet digunakan untuk mempolitikkan keadaan di Malaysia di mata dunia.

Di samping isu yang ditimbulkan di atas, kemunculan IT juga akan menjauhkan lagi jurang perbezaan di kalangan masyarakat bandar dan desa, atau di antara masyarakat berada dan masyarakat yang kurang berada. Kerajaan belum lagi mampu menyediakan prasarana yang mencukupi untuk membolehkan masyarakat luar Bandar mendapatkan kemudahan-kemudahan internet. Malah kebanyakan sekolah di luar Bandar tidak mempunyai kemudahan telefon dan alat gentian fiber optik yang membolehkan sekolah-sekolah di luar bandar dan masyarakat yang tinggal di kawasan yang terpinggir disambungkan dengan rangkaian lebuhraya maklumat. Inilah realiti dan cabaran yang perlu diatasi oleh kerajaan jika ia inginkan lebih ramai penduduknya celik komputer pada alaf baru ini. Malah ini juga merupakan isu yang penting jika kerajaan ingin memperluaskan e-dagang, e-pendidikan dan k-ekonomi.

Golongan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada dan bukannya masyarakat di luar Bandar.
 

[BACK TO TOP]

8.0 DASAR PENSWASTAAN
Dasar penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertenganan tahun 1983 selepas Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia. Dasar ini telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan mula menjadi pilihan sejak tahun 1970an yang dipelopori oleh pemimpin seperti Margaret Thatcher dan Ronald Reagan. Dasar liberalisasi, pengurangan peraturan yang menjadi intipati dasar penswastaan turut dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan Dasar tersebut mempunyai tujuan seperti berikut:

¨ Mengurangkan beban kewangan kerajaan
¨ Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
¨ Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
¨ Pengagihan sumber secara cekap
¨ Mempercepatkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kini Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang giat mengamalkan penswastaan. Jika ditinjau, bukan sahaja kegiatan pengeluaran ekonomi, perniagaan dan perusahaan yang diswastakan bahkan tanggungjawab mengendalikan projek infrastruktur, serta pembekalan perkhidmatan yang sekian lama merupakan tanggungjawab kerajaan atau sektor awam telah diserahkan kepada sektor swasta. Pelaksanaan dasar penswastaan telah menyebabkan wujudnya monopoli dalam bentuk lain iaitu monopoli peribadi menggantikan monopoli awam. Penswastaan juga membawa pelbagai implikasi. Antaranya adalah:

Penswastaan yang membebankan rakyat
Sesetengah projek yang dilaksanakan oleh pihak swasta telah menyebabkan rakyat terpaksa membayar kadar yang tinggi untuk mendapat kemudahan atau menggunakan perkhidmatan berbanding dengan keadaan jika perkhidmatan atau kemudahan itu disediakan oleh sektor awam. Ini adalah jelas bagi kes penswastan bekalan perkhidmatan awam. Kos telekomunikasi, tenaga, pembentungan, pengangkutan, penggunaan jalanraya, adalah contoh jelas bagaimana beban kos yang meningkat terpaksa ditanggung oleh rakyat. Syarikat swasta juga lebih cenderung memberi perkhidmatan di kawasan bandar atau kawasan yang memberi pulangan yang lebih tinggi, pendekatan in sekaligus meminggirkan kawasan desa.

Proses Penswastaan yang tidak telus
Persoalan kedua yang timbul akibat daripada dasar penswastaan ialah Proses Penswastaan itu tidak telus meskipun Pelan Induk Penswastaan menggariskan perkhidmatan yang boleh diswastakan, akibatnya projek penswastaan nampaknya diberikan kepada sebilangan atau sekumpulan orang sahaja khususnya mereka yang rapat dengan pemimpin kerajaan sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat negeri. Juga terdapatnya projek-projek yang diberikan kepada golongan bukan bumiputera walaupun mereka sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan sebelumnya, misalnya pembinaan Empangan Bakun yang diberi secara turn-key kepada Ekran Berhad. Kontraktor Bumiputera pun boleh melaksanakan projek-projek mega di bawah rancangan penswastaan sekiranya diberi kepercayaan untuk mengumpul kemahiran asing melalui usahasama seperti yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

Penswastaan dan Pembangunan Luar Bandar
Penswastaan tidak membawa sumbangan yang banyak kepada sektor luar bandar berbandaing dengan kawasan bandar. Malah penswastaan beberapa kemudahan awam dan prasarana didapati membebankan masyarakat desa dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Ini terbit dari hakikat bahawa keadaan hidup di luar tidak banyak melibatkan kegiatan yang menghasilkan wang sedangkan beban beban penswastaan kemudahan awam dan prasarana melibatkan bayaran yang tinggi yang perlu dijelaskan dengan wang. Keadaan ini tentu sekali akan menyukarkan lagi kehidupan masyarakat luar bandar.

Penswastaan dan pengawal seliaan
Salah satu kelemahan dalam pelaksanaan ialah proses pemantauan atau seliaan. Badan yang mengawal selia ialah Unit Pelaksanaan dan Pelarasan (UPP) dan Unit Perancangan Ekonomi (UPE) di bawah Jabatan Perdana atau Kementerian atau Jabatan terbabit.
Badan-badan yang memantau tidak mempunyai kakitangan dan sumber yang cukup untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap dan berkesan. Pemantauan dari aspek, teknikal, keselamatan, dan ekonomi biasa tidak difahamkan dengan jelas oleh badan yang memantau dan inilah yang menyebabkan pengguna terperangkap dengan apa jua mutu dan kos perkhidmatan yang dibekalkan oleh agensi yand diswastakan. Pengambilan alih anak syarikat Perbadanan Awam yang menguntungkan oleh syarikat kepunyaan individu juga kadangkala berlaku dan ini merupakan satu penyelewangan.

Penswastaan dan Kepentingan Awam
Perkara pokok dalam dasar penswastaan ialah kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam perniagaan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam akan dibekalkan pada kos yang rendah. Oleh itu mereka yang menerima manfaat daripada pembekalan perkhidmatan awam tepaksa membayar kos perkhidmatan berkenaan. Dalam pada itu, perkhidmatan yang tidak berasaskan ekonomi pun turut diswastakan, dan kerajaan menyerahkan tanggungjawabnya kepada syarikat swasta. Ini berlaku dalam perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Penswastaan dalam perkhidmatan-perkhidmatan seperti itu bertentangan dengan kepentingan awam, kerana penswastaan itu tidak memberi perlindungan yang mencukupi kepada kumpulan yang mungkin menerima kesan secara langsung kerana tidak dapat menikmati perkhidmatan yang diperlukan kerana kos perkhidmatan yang tinggi yang dikenakan boleh menigkatkan kos untuk mendapat perkhidmatan tersebut dan mereka yang terpinggir tidak terdaya untuk membayarkannya.

Penswastaan perkhidmatan sosial seperti yang dibincangkan di atas boleh menyebabkan agensi yang diswastakan itu memilih untuk memberi perkhidmatan yang menguntungkan sahaja dan mengabaikan tanggungjawab sosialnya. Di negara Barat, kepentingan pengguna dijaga oleh badan pengguna atau badan Pemantau yang bertanggungjawab mengawal aspek ekonomik, teknikal dan keselamatan bagi setiap projek yang diswastakan. Kelemahan badan pengguna dan badan pemantau mengabaikan kepentingan awam dalam proses penswastaan.
 

[BACK TO TOP]

9.0 PENGAMBILAN TANAH NCR UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN
Pengambilan tanah NCR untuk tujuan pembangunan yang dijalankan sama ada oleh kerajaan atau sektor awam merupakan isu yang penting bagi masyarakat Bumiputera di Sarawak dan perlu diatasi oleh pihak kerajaan dengan bijaksana. Ini kerana bagi pemilik tanah NCR, tanah merupakan aset yang penting yang perlu dijaga agar mereka tidak terus terpinggir jika sekiranya tanah yang dimiliki mereka pindah milik. Tanah NCR Bumiputera di kawasan bandar diambil dan hak adat dihapuskan mengikut Sekysen 5(3) Kanun Tanah Negeri Sarawak, dan Bumiputera berpindah daripada kawasan bandar ke kawasan luar bandaar. Kesan ahkirnya ialah Bumiputera akan berpindah-randah, dari kawasan maju ke kawasan kurang maju. Mereka bertindak sebagai pekerja buruh di tanah sendiri seperti bekerja ladang-ladang SALCRA, ladang FELCRA atau di mana-mana ada ladang komersial oleh kerana status mereka sebagai Bumiputera mereka meminta kerajaan menyediakan kemudahan untuk mereka. Apabila kawasan telah maju, pemilik tanah mempunyai surat (geran tanah) akan berulang lagi kisah Bumiputera yang sama menjual kawasan yang telah dimajukan kepada bukan Bumiputera dan seterusnya mereka akan berpindah ke kawasan luar bandar. Misalnya tanah masyarakat Bumiputera di kawasan Petrajaya, Kuching diambil untuk dijadikan tapak Jambatan Kedua yang menyeberangi Sungai Sarawak di Bintawa, dan tanah NCR di sekitar kawasan Kampung Mambong diambil untuk pembangunan Sarawak Klinker Plant. Pengambilan tanah di kedua-dua kawasan tersebut membawa pelbagai reaksi yang menarik untuk dikaji, contohnya ramai di kalangan pengundi dari kedua-dua kawasan tersebut bertindak tidak memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Parlimen 1999 kerana kecewa dengan tindakan kerajaan mengambil tanah mereka.

Kita juga sedar kepada suatu keadaan di mana orang yang sudah sedia kuat kedudukannya mengambil tanah NCR Bumiputera secara membeli, mengikat tanah NCR sebagai sandaran hutang atau menawarkan projek pelaburan besar kepada pihak kerajaan dengan mengambil tanah NCR. Implikasi daripada kesemua perkembangan ini akan dihuraikan dengan secara ringkas di bahagian seterusnya.

Kesan penjualan dan Pengambilan tanah NCR
Kesan negatif daripada pengambilan tanah NCR boleh dirumuskan seperti berikut:

¨ Pemilik yang diambil tanahnya terpaksa mencari tanah dan penempatan lain
¨ Pemilik tersebut tidak mungkin dengan mudah mendapat saiz tanah yang sama untuk diusahakan
¨ Pemilik itu terpaksa memulakan penghidupan baru
¨ Pemilik itu tidak berupaya menggerakkan usaha melalui saluran undang-undang menghalang pengambilan tanah
¨ Masalah kemiskinan di kalangan masyarakat Bidayuh menjadi lebih parah kerana aset utama diambil.
¨ Kehilaangan tanah yang ekonomik untuk diusahakan oleh masyarakat Bidayuh
¨ Kehilangan satu sumber kekuatan ekonomi orang Bidayuh
 

[BACK TO TOP]

10.0 CADANGAN UNTUK MAPEN II
Berikut adalah beberapa cadangan yang kami masyarakat Bidayuh yang perlu diambil kira oleh MAPEN II dalam merumuskan RPJP III.

Tentang masalah kemiskinan masyarakat Bidayuh kami mencadangkan supaya usaha untuk mengurangkan kimiskinan dilakukan dengan mengambil kira sudut dan pendekatan berikut:

¨ Kemiskinan bagi masyarakat Bidayuh tidak dilihat sebagi masalah ekonomi sahaja tetapi sebagai masalah struktural, sosial, moral dan budaya. Cara penyelasaiannya mestilah secara holistik dengan mengambil semua faktor yang berkaitan

¨ Pendekatan yang berbeza perlu digunakan bagi mereka yang tua, sakit kronik atau mengalami kecacatan fizikal. Bagi golongan ini bantuan secara langsung adalah lebih sesuai.

¨ Usaha mengurangkan kemiskinan seharusnya merupakan usaha yang tidak diasaskan kepada garisan politik. Pengenalpastian golongan yang dianggap miskin seharusnya dilakukan secara professional dengan menggunakan ukuran indeks tertentu dan tidak dengan menyerahkan kepada pertimbangan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang pada kebiasaannya dipengaruhi oleh pertimbangan politik.

¨ Kerajaan patut memberi peruntukan yang besar kepada Amanah Iktiar Malaysia (AIM) dan AIM perlu melebarkan bidangkuasanya kepada kaum-kaum lain yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Dahulu, lazimnya khidmat mereka tertumpu kepada golongan Melayu sahaja.

¨ Kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah yang jelas dan program yang khusus untuk membantu usaha mengurangkan kemiskinan relatif di kalangan masyarakat Bidayuh.

¨ Penswastaan projek, syarikat atau perkhidmatan seboleh-bolehnya diberi keutamaan kepada seramai mungkin kaum Bumiputera/Bidayuh yang dianggap layak. Peluang untuk menyertai projek penswastaan seharusnya juga dibuka kepad jumlah Bumiputera/Bidayuh yang lebih banyak dan tidak kepada sebilangan Bumiputera terpilih.

¨ Kerajaan seharusnya mewujudkan badan pemantauan yang mempunyai sumber dan keupayaan untuk memastikan bahawa rakyat tidak dikenakan kos yang lebih tinggi selepas penswastaan, selain memastikan bahawa perkhidmatan yang atau kemudahan awam yang diswastakan iru diuruskan dengan cekap.

¨ Proses penswastaan seharusnya lebih telus dan tidak dilihat sebagai dasar untuk memberi manfaat kepada sebilangan orang yang rapat dengan pemimpin kerajaan sahaja. Manfaat penswastaan seharusnya lebih kepada lebih ramai kumpulan dalam masyarakat.

Andaian bahawa sebilangan jutawan yang menguasai projek penswastaan itu akan memikirkan tentang isu pengagihan atau kesimbangan adalah salah kerana kumpulan ini akan hanya memikirkan soal keuntungan.

¨ Masyarakat Bidayuh juga seharusnya diberi peluang untuk terlibat secara langsung alam proses penswastaan. Peluang penyertaan dalam penswastaan projek yang melibatkan pembangunan di kawasan Bidayuh seharusnya diberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor Bidayuh yang berdaftar. Kerajaan seharusnya mempastikan bahawa projek-projek yang sedemikian diberi kepada kepada kontraktor Bidayuh.
 

[BACK TO TOP]

10.1 CADANGAN TERHADAP DASAR PENDIDIKAN NASIONAL
Setelah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam Dasar Pendidikan Nasional berikut adalah beberapa cadangan yang perlu diambil perhatian agar masyarakat Bidayuh tidak terus diabaikan dalam arus pendidikan negara.

¨ Lebih banyak peluang perlu disediakan kepada kaum Bumiputera khususnya yang datang dari kawasan pedalaman untuk melanjutkan pendidikan mereka di IPTA atau IPTS agar ketidakseimbangan yang wujud sekarang boleh dikurangkan. Peluang untuk mendapat biasiswa atau pinjaman juga perlu dilanjutkan kepada golongan ini. Bagi kaum Bidayuh dan masyarakat Bumiputera dari Sabah dan Sarawak disyorkan agar satu kuota pengambilan sama ada di IPTS dan IPTA dikhaskan kepada kepada golongan ini. Selain itu syarat kemasukan yang kurang menekankan markah merit juga perlu dipertimbangkan agar kaum Bumiputera mendapat peluang yang lebih banyak untuk melanjutkan pendidikan mereka di IPTA dan IPTS.

¨ Yayasan-yayasan Pendidikan Negeri seperti Yayasan Sarawak disyorkan agar melanjutkan bantuan/biasiswa kepada kaum Bumiputera untuk melajnjutkan pendidikan di dalam bidang iktisas dan teknikal bukan sahaja di peringkat Sarjana Muda malah di peringkat lebih tinggi seperti peringkat Sarjana dan Sarjana Falsafah.

Tumpuan seharusnya diberi untuk melatih masyarakat Bumiputera khususnya mereka dari luar bandar agar mereka turut dapat membantu taraf sosio-ekonomi keluarga mereka setelah mereka bekerja kelak.

¨ Kementerian Pendidikan juga perlu mewujudkan lebih banyak Sekolah-sekolah Teknik di Sarawak untuk menampung keperluan melatih pekerja separuh mahir dalam bidang tertentu di Sarawak. Salah satu bidang yang boleh diperkenalkan oleh Sekolah-sekolah Teknik ialah dalam bidang Teknologi Maklumat bukan sahaja dalam pengurusan sistem maklumat malah dalam bidang penyelenggaraan dan membaiki komputer. Masyarakat Bidayuh juga mencadangkan agar salah satu daripada Sekolah Teknik itu dibina di kawasan Bidayuh sama ada di kawasan RGC Bandar Mutiara, Tebedu atau di RGC Padawan. Dengan adanya sekolah teknikal dan vokasional ini, para pelajar lepasan sekolah mempunyai peluang untuk memasuki sekolah tersebut untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang teknikal yang mereka ingin ceburi. Dengan kemahiran yang dimiliki secara tidak lansung mereka dapat bekerja sama ada di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau di kilang-kilang atau syarikat MNC. Strategi ini tentu sekali dapat menampung keperluan guna tenaga yang berkemahiran.

¨ Di peringkat sekolah menengah bilangan Sekolah Menengah di kawasan Bidayuh juga perlu ditambah supaya sekolah-sekolah yang menampung lebih ramai murid boleh dikurangkan. Dalam RPJP 3 kami cadangkan supaya tiga buah sekolah menengah rendah dibina di tiga kawasan iaitu Serapi, kawasan Hulu Penrissen/Padawan dan di Bandar Mutiara Tebedu. Kami juga mencadangkan agar sekolah-sekolah menengah yang sedia ada dan yang dicadangkan dilengkapi dengan prasarana yang modern agar sekolah-sekolah tersebut boleh dibekalkan dengan komputer dan kemudahan internet.

¨ Di peringkat sekolah rendah kami ingin mencadangkan supaya mana-mana sekolah sama ada yang dibina oleh kerajaan atau oleh pihak greja dibaikpulih dengan segera di bawah RRJP 3. Bagi sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman kami mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah untuk membina rumah yang sesuai untuk guru supaya ini boleh menarik minat mereka untuk berkhidmat di luar bandar. Selain itu kerajaan perlu menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk menghubungkan sekolah-sekolah tersebut dengan pusat bandar atau dengan pekan-pekan yang berdekatan.

¨ Pelaksanaan Sekolah Bestari juga perlu meliputi kawasan-kawasan di luar bandar supaya kanak-kanak sekolah di luar bandar turut berpeluang menerima pendidikan yang sama dengan rakan-rakan mereka yang lain di kawasan bandar. Sekolah-sekolah rendah yang sudah menikmati kemudahan eletrik dan telefon di kawasan luar bandar boleh dijadikan Sekolah Bestari di kawasan berkenaan. Dalam RRJP 3 lebih kurang 10 buah Sekolah Bestari perlu diwujudkan di kawasan Lundu, Bau, Penrissen, Padawan dan Serian.

¨ Jika Kementerian Pendidikan ingin meneruskan cadangan untuk mewajibkan pendidikan pra-sekolah kami cadangkan supaya beberapa persediaan perlu dilakukan. Persediaan-persediaan tersebut merangkumi lebih ramai guru di peringkat pra-sekolah supaya mereka tidak kekok apabila berdepan dengan pelbagai kerenah murid-murid.

Kemudahan asas seperti bilik-bilik darjah perlu dibina untuk menampung keperluan yang meningkat secara mendadak. Kerajaan juga perlu memikir tentang keperluan lain seperti makan-minum kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas pra-sekolah ini.

¨ Pada satu hari nanti kanak-kanak sekolah yang berketurunun Bidayuh boleh belajar bahasa ibunda mereka sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Mempelajari bahasa ibunda merupakan salah satu dari ketetapan yang diiktiraf oleh Pertuhunan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNIVERSAL DECLARATION ON LINGUISTIC RIGHTS yang diadakan di Barcelona pada bulan June 1996. Mempelajari bahasa ibunda ini penting bagi pembinaan jatidiri masyarakat Bidayuh yang merupakan sebahagian dari pada masyarakat majmuk di Malaysia. Kami mencadangkan agar Kementerian Pendidikan memberi kebenaran supaya Bahasa Bidayuh diajar kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah di kawasan Bidayuh.
 

[BACK TO TOP]

10.2 PEMBINAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
Pembinaan kemudahan infrastruktur merupakan nadi kepada pembangunan fizikal sesuatu tempat dan kawasan khususnya kawasan luar bandar di Sarawak. Setelah Merdeka hampir 38 tahun masih banyak lagi kampung-kampung di kawasan masyarakat Bidayuh tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi. Dalam RPJP 3 kami masyarakat Bidayuh mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

¨ Menyediakan rangkaian jalanraya yang bertar yang menghubung kampung-kampung di pedalaman dengan pusat bandar.

Penyediaan rangkaian jalanraya yang baik akan mempercepatkan lagi proses pembangunan yang lain seperti pembukaan tanah NCR untuk tujuan pembangunan. Rangkaian jalanraya yang baik juga akan memudahkan penduduk kampung menikmati perkhidmatan-perkhidmatan yang lain atau menarik lebih ramai pelancong untuk melawat kampung mereka, seterusnya ia boleh menjanakan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain.

¨ Pembinaan rangkaian jalanraya yang baik perlu diikuti dengan usaha untuk membekalkan kampung-kampung di kawasan luar bandar dengan bekalan eletrik. Dalam RPJP 3 kami menuntut supaya lebih banyak lagi kampung-kampung di luar bandar dibekalkan dengan kemudahan eletrik. Ini boleh dilakukan sekiranya kerajaan memberi lebih banyak peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

¨ Di luar bandar kebanyakan kampung-kampung didapati tidak mempunyai bekan air bersih yang mencukupi kampung-kampung ini sama ada mendapat bekalan air dari sungai, paip yang menggunakan tekanan graviti atau dari air hujan. Kami mencadangkan agar lebih banyak lagi isi-rumah mendapat bekalan air paip yang sudah dirawat.

Ini boleh dilakukan dengan memajukan lebih banyak logi pemprosesan air di tempat-tempat yang strategik agar kemudahan tersebut dapat dinikmati lebih ramai penduduk di kawasan luar bandar. Kerajaan juga perlu memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada agensi yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini.
 

[BACK TO TOP]

10.3 PEMBANGUNAN DAN PENGAMBILAN TANAH NCR
Pengambilan tanah NCR untuk pembangunan merupakan isu yang menarik dan kadangkala sensitif bagi masyarakat luar bandar.
Walaupun pengambilan tanah NCR bertujuan untuk menjanakan aktiviti ekonomi dan meningkatkan nilai hartanah tersebut, pemilik tanah tidak mempunyai alternatif melainkan menyerahkan agar tanah mereka dipindah milik. Untuk mengatasi masalah tersebut kami masyarakat Bidayuh mencadangkan:

¨ Supaya kerajaan mengambil langkah yang proaktif melalui saluran perundangan untuk mengukur dan seterusnya memberi geran kepada pemilik-pemilik tanah NCR agar martabat serta kepentingan mereka sebagai pemilik tanah NCR dapat dijaga dan seterusnya dilindungi oleh kerajaan.

¨ Kerajaan juga seharusnya melindungi pemilik-pemilik tanah NCR dari dipindah milik kepada kumpulan bukan Bumiputera dan melarang pemilik-pemilik tanah NCR menjual tanah mereka kepada bukan Bumiputera.

¨ Bagi tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan kami mencadangkan agar pampasan yang munasabah diberi kepada pemilik tanah NCR, kadar yang sesuai ialah berasaskan nilai kini pasaran. Selain itu kerajaan boleh juga menggantikannya dengan memberi tanah milik kerajaan kepada pemilik tanah.

¨ Bagi tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan seperti kawasan peranginan, kuari, lombong atau pembalakan, kami mencadangkan supaya syarikat yang mengambil tanah tersebut mencari satu mekanisma supaya pemilik tanah diberi hak untuk menyertai projek tersebut, misalnya 30 peratus ekuiti di dalam syarikat tersebut dimiliki oleh pemilik tanah NCR. Pemilik kilang, kuari atau syarikat pembalakan boleh membantu menubuhkan kooperasi bagi penduduk-penduduk kampung dan kooperasi ini dijadikan saluran bagi mana mereka boleh terlibat sama dalam aktiviti kilang, kuari atau syarikat tersebut.

¨ Kami juga mengesa supaya kerajaan membuat survei tentang pemilikan tanah di Sarawak dan mengesa agar kerajaan memberi lot-lot tanah kerajaan kepada ketua isi-rumah yang tidak memiliki mana-mana lot tanah di Sarawak.

¨ Kami mencadangkan agar pemilik-pemilik lot tanah kampung diberi geran dan projek-projek pembangunan kerajaan yang melibatkan kilang atau kuari dibina jauh dari kampung. Ini akan kerana projek-projek pembangunan seperti itu akan menganggu kesihatan penduduk kampung dalam jangka masa panjang.

¨ Kami menggesa supaya pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan Negeri mengkaji semula keputusan-keputusan mereka untuk membina loji rawatan semula bahan toksik yang berdekatan dengan Kampung Tanjung dan Kampong Pinang di Daerah Bau, dan keputusan kerajaan untuk melombong Gunung Serumbu yang berdekatan dengan Kampung Peninjau, Kampung Sega, Kampung Ngromis dan Kampung Podam di Sinawan, Bau kerana kedua-dua projek ini akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan boleh menjejaskan kehidupan harian penduduk di kawasan tersebut. Selain itu projek ini juga akan memusnah kawasan tadahan air yang merupakan sumber utama air untuk keperluan kampung tersebut.
 

[BACK TO TOP]

10.4 MEMBANGUNKAN KAWASAN YANG MEMPUNYAI DAYA TARIKAN PELANCONGAN
Selain dari mengesa kerajaan membangunkan infrastruktur, kami juga mengesa kerajaan agar membangunkan kawasan-kawasan yang mempunyai daya tarikan pelancongan di kawasan Bidayuh seperti berikut:

¨ Di kawasan Penrissen terdapat dua kawasam air terjun yang berpotensi untuk dibangunkan. Air Terjun Ba'an Gong di Kampung Sikog, boleh dibangunkan dan dengan membina tempat penginapan yang sesuai atau dengan membina jalanraya untuk menghubungi kawasan tersebut, begitu juga keadaan yang berdekatan dengan Air Terjun di Kampung Giam. Dalam usaha membangunkan kedua-dua kawasan tersebut usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan taraf keselamatan di kedua-dua tempat tersebut.
¨ Kami mencadangkan supaya kerajaan melalui Suruhanjaya Pembangunan Perumahan Sarawak (SPPS) boleh membangunkan semula rumah-rumah panjang kaum Bidayuh yang sudah usang dan yang perlu dibaikpulih. Selain itu SPPS boleh membenarkan pemilik-pemilik bilik di rumah panjang itu untuk mendapatkan pinjaman perumahan untuk membina atau membaikpulih rumah panjang mereka. Setakat ini SPPS hanya memberi pinjaman kepada masyarakat Iban. Kami mencadangkan supaya kemudahan ini diperluaskan kepada penduduk lain yang ingin membina dan membaikpulih rumah panjang mereka tidak kira sama ada mereka daripada kaum-kaum atau penyokong-penyokong parti polititik tertentu sahaja.

¨ Untuk menggalakkan pelancong datang ke Bandar Mutiara, Tebedu atau ke Serikin, Bau kami mencadangkan agar salah satu dari tempat tersebut dijadikan Zon Bebas Cukai (seperti Bukit Kayu Hitam di Utara Kedah yang bersempadanan dengan Negara Thai).
Kerajaan melalui agensinya juga perlu bertindak proaktif dengan membina kedai di Serikin, Bau kerana kawasan ini juga berpotensi untuk dimajukan seperti Bandar Mutiara, Tebedu. Serikin merupakan pintu masuk bagi rakyat Indonesia selain Bandar Mutiara, Tebedu, dan jika Serikin tidak dibangunkan ia akan jadi "jalan tikus" atau kawasan penyeludupan.

¨ Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Persekutuan atau Negeri untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti pelancongan seperti berakit atau berkayak menyusuli sungai-sungai di kawasan Penrissen atau Padawan. Dengan adanya aktiviti yang sedemikian, ia akan meningkatkan kesedaran agar penduduk kampung menghargai kewujudan sungai di persekitaran mereka.

Misalnya Kementerian Pelancongan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Padawan boleh mengadakan aktiviti berakit atau berkayak menyusuli Sungai Temurang/Sungai Semedang sebagai aktviti tahunan mereka. Aktiviti ini tentu sekali akan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

¨ Kerajaan melalui Museum Negeri juga boleh membangunkan semula kawasan-kawasan penempatan asal masyarakat Bidayuh seperti Bung Bratak. Kawasan-kawasan penempatan asal yang menjadi peninggalan sejarah masyarakat Bidayuh selain Bung Bratak adalah seperti, Bung Sentah, Bung Tuku, Rabak Mikabuh, Bung Jagoi dan banyak lagi juga boleh dibangun semula dengan kerjasama masyarakat setempat. Dengan adanya usaha untuk membangunkan kawasan tersebut, kawasan tersebut tidaklah terbiar dan ia boleh menyumbangkan kepada daya tarikan pelancongan dalam negeri.
 

[BACK TO TOP]

10.5 MENAMBAHKAN KUOTA BAGI MASYARAKAT BUMIPUTERA YANG LAIN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Bilangan masyarakat Bumiputera yang lain dalam Perkhidmatan Awam sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masih pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Dengan ini kami mencadangkan supaya:

¨ Bilangan pegawai Bumiputera dalam skel Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Perbadanan Awam ditambah dan mereka yang dilantik ke jawatan tersebut hendaklah melalui prinsip merit.

¨ Bilangan pegawai Bumiputera bukan Islam dalam kumpulan Profesional dan Pengurusan juga ditambah dan mereka yang dilantik ke jawatan berkenaan juga mengamalkan prinsip merit.

¨ Kami juga mengesa agar kerajaan memberi kuota dalam pengambilan kakitangan sokongan di sektor awam agar ia mencerminkan anggota perkhidmatan awam yang lebih respresentatif.
 

[BACK TO TOP]

For comment and suggest to the article above email bidayuh dotcom or Ahi Sarok