Peluang  Melanjutkan Pelajaran di IPTA selepas  SPM dan STPM


Pengenalan
Ramai di kalangan lulusan SPM dan STPM khususnya dari kalangan kaum Bidayuh yang tinggal di kampung-kampung di pendalaman Bahagian Kuching dan  Kota Samarahan tidak menegtahui tentang peluang-peluang yang wujud untuk melanjutkan pendidikan selepas mereka tamat pengajian menengah mereka. Oleh itu, kebanyakan di antara mereka walaupun layak melanjutkan pendidikan mereka di Institut Penjagian Tinggi Awam (IPTA), mereka tidak tahu akan bagaimana untuk memohon, prosedur-prosedur untuk memohon ke IPTA.

Institut Penjagian Tinggi Awam (IPTA)

Kemasukan ke lapan (8) IPTA di negara kita di kendalikan oleh  Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malayisa. Lapan buah IPTA di negara kita adalah seperti berikut:

UNIVERSITI  MALAYA (UM)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA (UPM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM)

Terdapat dua IPTA di Sarawak; iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak (ITMCS),  kedua-dua IPTA ini terletak di Kota Samarahan  lebih kurang 35 kilometer jauhnya dari Bandaraya Kuching.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Kursus-kursus yang ditawarkan mengikut Fakulti adalah seperti berikut:

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa
Ekonomi Industri dan Organisasi
Industri Pelancongan dan Hospitiliti
Sistem Maklumat Pengurusan

Fakulti Kejuteraan
Kejuteraan Eletronik dan Telekomunikasi
Kejuteraan Mekanikal dan Sistem Pembuatan
Kejuteraan Sivil

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Perubatan
Kejururawatan

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Pembangunan Sumber Manusia
Sains Kognitif
Fakulti Sains Sosial
Kajian Antarabangsa
Khidmat Sosial
Politik dan Pemerintahan
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
Hubungan Industri dan Perburuhan
Kajian Komunikasi

Fakulti Sains dan  Teknologi Sumber
Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik
Sanins dan Pengurusan Sumber Haiwan
Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan
Kimia Sumber
Bioteknologi Sumber

Fakulti  Seni Gunaan dan Kreatif
Seni Halus
Teknologi Senireka
Drama dan Teater
Sinematografi
Muzik
Pengurusan Seni

Fakulti Teknlogi Maklumat
Kejuturaan Perisian
Teknologi Sistem Komputer
Sains Komputan

Pusat Pengajian Bahasa
TESL (Teaching of English as a Second Language)

INSTITUT TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK (ITMCS)

Kursus-kursus yang ditawarkan di ITMCS adalah:
Diploma Pentadbiran Awam
Diploma Perakaunan
Diploma Pentadbiran Perniagaan
Diploma  Perbankan
Diploma Pemasaran
(Kursus-kursus tersebut juga di kendalikan secara jarak-jauh)

Selain itu ITMCS juga menawarkan kursus-kursus tersebut secara separuh  masa (part-time):
Bachelor in Accountancy (B.Acct)
Bachelor in Business Admin (Marketting)

2.0 Borang Kemasukan ke IPTA
Semua kemasukan ke IPTA menggunakan borang UPU yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan  boleh didapati dalam dua peringkat.  Dalam peringkat pertama borang UPU ini di keluarkan pada bulan Disember tiap-tiap tahun. Borang ini dikeluarkan khas untuk mereka yang ingin membuat Izajah Pertama di lapan buah IPTA  di atas dan mereka yang mempunyai kelulusan penuh dalam STPM dan juga yang telah mempunyai Diploma sama ada dari ITM atau IPTA lain  yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Selain itu, Borang UPU juga dikeluarkan pada bulan Februari tiap-tiap tahun, dan ini adalah untuk pengambilan ke IPTA untuk kursus matrikulasi dan diploma  dikuhuskan untuk lepasan SPM.

2.1 Tempat Pengambilan Borang UPU
Mulai tahun 1997  borang UPU boleh diperolehi di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara, sebaik sahaja di umumkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Harga untuk satu set borang UPU ialah RM11.50.

Borang UPU ini hendaklah diisi dengan lengkap oleh pemohon. Pemohon dinasihatkan mengisi Borang UPU dengan HURUF CERAI BESAR (CAPITAL LETTER). Ini  adalah untuk memudahkan komputer di Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian  Pendidikan untuk membaca dan memproses permohonan mereka. Borang UPU yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada  Pengarah, Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan.

Pemohon akan diberitahu tentang keputusan permohonan mereka pada  pertengahan bulan Mei setiap tahun. Pemohon adalah digalakkan untuk menghubungi Bahagian Pendidikan Tinggi melalui hotlinenya atau IPTA yang mereka pohon (pilihan pertam mereka) untuk mengetahui sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.
 

3.0 Syarat-syarat Kemasukan
Terdapat beberapa syarat kemasukan yang perlu dipenuhi oleh para pemohon:

3.1 Izajah  Pertama dalam Bidang Sains/Kejuteraan/Teknologi Maklumat
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan memperolehi kelulusan yang baik dalam B/Malaysia dan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
LULUS STPM atau yang setaraf dengannya dengan memperolehi kelulusan yang baik dalam Pengajian Am dan kelulusan baik dalam tiga mata pelajaran di peringkat Prinsipal.
Mempunyai Diploma Sains dengan Kelulusan yang  baik dari mana-mana institusi yang di iktiraf. ATAU
Mempunyai kelulusan  Sijil Matrikulasi Universiti Tempatan.

3.2 Izajah Pertama Sains Sosial/Sastera/Ekonomi
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan memperolehi kelulusan yang baik dalam Bahasa Malaysia
Lulus STPM atau setaraf dengannya dengan memperolehi kelulusan sekurangnya dua matapelajaran dengan Gred E. (Bagi calon Bumiputera mereka hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 50 point dalam STPM).
Mempunyai Diploma dengan kelulusan yang baik dari mana-mana institusi yang diiktiraf dalam bidang yang ada kiatan dengan program yang dipohon
Mempunyai kelulusan Sijil Matrikulasi

Matrikulasi Sains di IPTA

Memperolehi 18 unit di peringkat  SPM

Diploma Sains/Komputer
Lulus dengan baik Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM
Lulus dengan baik Matapelajaran Sains di peringkat SPM
Lulus Bahasa Malaysia
Sekurang-kurangnya Pangkat II  SPM

Diploma Pentadbiran/Pengurusan
Lulus Bahasa Malaysia di peringka SPM
Lulus Matapelajaran Matematik di preingkat SPM
Sekurang-kurang nya Pangkat II dalam SPM

4.0 Bantuan Kewangan

4.1 Dari Sarawak Dayak Cultural Foundation
Sarawak Dayak Cultural Foundation  memperuntuk sejumlah wang kepada kaum Bidayuh melalui DBNA. Setiap pemohon hendaklah  memohon melalui Presiden, DBNA dengan menyertakan salinan surat tawaran dari IPTA yang telah disahkan.

Yayasan Sarawak (Tuan James sila tuliskan)
Kerajaan Negeri Sarawak ( Tuan James sila tuliskan)
MARA (Tuan James sila tulis)
Jabatan Perkhidmatan Awam (Tuan James sila tulis)
Tabung Pendidikan Nasional

Mulai tahun 1997 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Tabung Pendidikan Nasional yang bertujuan untuk  memberi pimjaman pendidikan kepada semua rajyat Malaysia yang telah berjaya memasuki IPTA/IPTS untuk melanjutkan pendidikan  mereka. Bantuan kepada pelajar IPTA dalm bidang sains/sastera adalah dianggar RM6,500 untuk satu tahun yang meliputi yuran dan bantuan  sara hidup. Setiap pelajar yang mendapat bantuan dari Tabung Pendidikan Nasional dikehendaki membayar balik jumlah yang dipinjam kepada tabung tersebut. Mereka dikehendaki membayar balik dalam tempoh sepuluh (10) hingga 15 tahun.

Derma Siswa Bakti
Merupakan satu tabung yang disediakan khas oleh setiap Universiti di Malaysia. Tabung ini memberi kemudahan dalam bentuk bantuan kewangan sebanyak RM500.oo kepad pelajar yang menghadi kesulitan semasa mereka di Universiti.  Bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan mereka hendaklah berjumpa dengan Pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar di universiti masing-masing dan memohon bantuan ini.


This contributions is from Ahi Sarok (Lecturer, Faculty of Social Science, UNIMAS) and
James Sinjeng (Accountant, Yayasan Sarawak).

 


[TO EDUCATION PAGE]

[NEXT]