Anjakan
Paradigma dan Persediaan Ibu-Bapa dalam menghadapi Pendidikan Menjelang
WAWASAN 2020
Oleh
Ahi
Sarok
Pendahuluan
Terdapat banyak
faktor atau perubahan dasar pendidikan negara yang akan mempengaruh corak
pendidikan di negara kita menjelang tahun 2020. Masyarakat luar bandar
akan terus tertinggal di belakang sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan
diri mereka dengan perubahan di dalam dasar negara. Tahun 2000 kini sedang
menghampiri kita dan lebih kurang 100 hari sahaja alaf baru akan menjelma.
Sudah bersediakah kita masyarakat Dayak di luar Bandar berdepan dengan
cabaran-cabaran yang akan muncul pada alaf akan datang?
Apa bila kita
membincang tentang masyarakat Dayak di Sarawak akan terlintas di dalam
fikirin atau minda kita tentang Orang Iban, Bidayuh Orang Ulu dan masyarak
Bumiputera yang lain selain Masyarakat Melayu. Masyarakat Dayak di Sarawak
boleh dilihat dalam tiga konteks.
-
Konteks pertama
- golongan berada/mewah ? tetapi golangan ini terlalu kecil bilangannya
jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain seperti Cina, Melayu atau Melanau.
-
Konteks Kedua
? golongan yang bekerja- kelompok ini merupakan kelompok yang sudah memperolehi
pendidikan seperti Izajah Sarjanamuda, Izajah Sarjana, Sarjana Falsafah
yang kini hidup dalam keadaan kesederhanaan mewah kerana telah memperolehi
pendidikan dan mendapat pekerjaan sama ada di Sektor Awam dtau Sektor Koperat
di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kuching, Bintulu atau Miri.
-
Masyarakat Dayak
Terpinggir yang tinggal di desa-desa terpencil, di rumah panjang dan masyarakat
ini mengamal corak hidup yang tradisional, bertani cara sara diri dan dianggarkan
lebih kurang 60 peratus di kalangan masyarakat Dayak masih tinggal di luar
bandar. Harapan kerajaan dan harapan masyarakat Dayak di Sarawak ialah
agar kelompok-kelompok yang terpinggir ini dapat dikecilkan dan diserap
dalam kellompok yang kedua. Kita sedar bahawa terpadat banyak usaha yang
telah dan akan dilakukan oleh kerajaan/pemerintah dalam usaha untuk meningkatkan
taraf hidup golongan yang ketiga tadi. Ini termasuk program pebangunan
luar bandar seperti pembangunan tanah, gerak desa wawasan dan sebagainya.
Tetapi usaha yang paling penting ialah melalui pendidikan, ibu-bapa atau
kanak-kanak sekolah perlu sedar dan merebut peluang ini. Melalui pendidikan,
kita bukan sahaja dapat mengubah nasib kita sendiri, tetapi dapat juga
mengubah nasib ibu-bapa kita di samping mengangkat martabat bangsa kita
masyarakat Dayak dalam alaf baru yang akan menjelang tidak lama lagi. Ingat
Tuhan tidak akan mengubah hidup kita jika kita tidak mencuba untuk mengubahnya.
Dengan pengaruh
globalisasi yang kita tidak dapa elak, pengunaan teknologi maklumat secara
meluas,, masyarakat Dayak di Sarawak yang berada di luar bandar akan terus
dipinggirkan jika usaha-usaha dilakukan untuk membetulkan keadaan ini tidak
direbut oleh ibu-bapa atau generasi yang akan datang. Di sini saya ingin
maklumkan bahawa pelajar-pelajar luar bandar yang lulus SPM, STPM tanpa
sebarang kemahiran, dalam bidang komputer IT/kemahiran iktisas yang lain,
Saya rasa amat susah bagi mereka untuk bersaing dengan lulusan lulusan
SPM/STPM yang telah memperolehi sijil atau kemahiran lain dalam bidang
pekerjaan. Akibatnya lulusan SPM atau STPM ini mungkin hanya dapat bekerja
di Sektor Peladangan, Industri Perkhidmatan, Industri Binaan sebagai buruh
kasar dan sebagainya.
Sebelum memasuki
pasaran buruh lepasan SPM/STPM yang tidak berpeluang untuk melanjutkan
pendidikan di peringkat Universiti, perlu merebutkan peluang untuk menambahkan
kemahiran-kemahiran mereka dalam bidang Vokesynal. Peluang-peluang untuk
menambah kemahiran dalam bidang voksyenal ini boleh didapati di Istitut
Kemahiran Mara (IKM), Pusat Pembangunan Belia, dan sekolah-sekolah Vokesynal
di Seluruh negeri.
Peranan Pendidikan
dalam Memenuhi WAWASAN 2020
Sebelum kita
bincangkan peranan pendidikan dalam memenuhi WAWASAN 2020, saya ingin terangkan
serba sedikit berkaitan Pendidikan NEGARA.
Falsafah
Pendidikan Negera
Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menjadi insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, ketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Matlamat
Pendidikan Negara.
-
Melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia dan bersepadu.
-
Melahirkan insan
yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
-
Menyediakan sumber
tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
-
Memberi peluang-peluang
pendidikan kepada semua warga negara Malaysia.
WAWASAN 2020
Perdana Menteri
Malaysia Datoí Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Februari 1991,
di dalm ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia telah
mengemukakan pandangan mengenai WAWASAN 2020, iaitu ingin menjadikan Malaysia
negara perndustrian sekaligus negara maju.
Sejak itu semua
lapisan masyarakat termasuk golongan Dayak telah memperkatakan atau sekurang-kurangnya
menyebutnya. Dalam ucapan tesebut Telah menjelaskan bahawa menjelang tahun
2020: "Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia
yang yakin, mempunyai nilai morai dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat
demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, dan adil dari segi pengagihan
ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam
ekonomi yang bersaing dinamik, giat dan kental" (Dewan Masyarakat, Julai
1991).
Perdana Menteri
telah menggariskan sembilan cabaran yang harus ditempuhi sebelum Malaysia
mencapai taraf negara maju sepenuhnya.
Cabaran
WAWASAN 2020
-
Mewujudkan negara
Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama, iaitu Malaysia
mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan
kaum hidup dalam aman dan harmoni
-
Mewujudkan sebuah
masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap
diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai
-
mewujudkan dan
membangunkan masyarakat demokratik yang matang
-
mewujudkan masyarakat
yang bermoral dan beretika sepenuhnya dan mempunyai warganegara yang kukuh
dalam nilai agama dan jiwa.
-
Mewujudkan masyarakat
liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum;
bebas mengamalkan adat kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia pada
negara
-
Mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengunna teknologu malah
manjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologu masa depan
-
Memastikan masyarakat
yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adail dan saksama
-
Mewujudkan masyarakat
makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Terdapat
lima Peranan Pendidikan bagi menenuhi Wawasan 2020
-
Untuk membentuk
dan melahirkan dan melahirkan generasi atau masyarakat Malaysia yang mempunyai
nilai-nilai rohani, bermoral tinggi dan mempunyai perasaan bertanggungjawab;
-
Penekanan nilai-nilai
kasih sayang genarasi akan datang akan mempunyai sifatsifat penyang kepada
negara, bangsa, jiran dan keluarganya. Ibu-bapa yang sudah tua tidak ditinggalkan
oleh anak-anak dan terlantar di rumah kebajikan atau menjadi penggemis.
-
Membekalkan pelajar
dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan secara
produktif dalam bidang teknologi, perdagangan dan ekonomi yang kompleks
dan sentiasa berubah. Bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tinggi tinggi
dan canggih tetapi juga tahu mebuat inovasi dan perubahan kepada teknologi.
-
Melahirkan generasi
yang dapat mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran, dengan penuh semangat
berjiwa positif dan terus maju di dalam semua bidang tanpa menggabaikan
tanggungjawab keluarga;
-
Membekal dan membangun
sumber mansuia kerana pembangunan sumber manusia memainkan peranan penting
dalam meningkatkan produktiviti dan membekalkan kemahiran yang diperlukan
bagi pertumbuhan ekonomi khususnya ka arah menjadi negara perindustrian.
Masalah Pendidikan
di kalangan Masyarakat Dayak di luar bandar Sarawak
A. Pelajar/Murid
Sekolah
-
Pencapaian dalam
matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains adalah di bawah pencapaian
di peringkat negeri atau kebangsaan
-
Kegagalan menguasai
kemahiran asas dalam matapelajaran Matematik, Sains, kurang pendedahan
dalam pengunaan Bahasa Inggeris sama ada di sekolah atau di rumah
-
Harga diri yang
rendah, malu untuk bertanya soalan, takut untuk menberi jawapan yang salah,
dan tidak mahu menjawab walaupun tahu jawapan
-
Kurang daya saing
-
Kemahiran/ketrampilan
belajar yang kurang
-
Kurang motivasi/ransang
untuk mengubah corak pemikiran
-
Disiplin diri
yang rendah ? memberi tumpuan kepad aktiviti yang bercorak hiburan
-
Kekurang keupayaan
untuk menentukan goal/tujuan dalam hidup tidak mempunyai missi dan visi
-
Mudah mengallah
ketika berdepan dengan cbaran
B. Masalah
di Peringkat Tinggi
Sebelum memasuki
Universiti
-
Tidak mengetahui
peluang-peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi/ scholarship atau pinjaman
-
Gred SPM atau
SPM/Diploma hanya cukup makan kadang-kadang berlaku mismatch di antara
kursus yang dipohon dengan kursus yang ditawarkan.
-
Ketika mendapat
surat tawaran ke UNIVERSITI ramai di antara pelajar/anak Dayak didapati
tidak dapat meneruskan pendidikan mereka ke Menara Gading kerana ibu bapa
tidak mampu membayar yuran kemasukan, pendaftaran, tiket kapal terbang,
yuran pengajian kos sara hidup sepanjang semester. Proses mendapat bantuan
kewangan dari Yayasan Sarawak, JPA, MARA atau Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional mengambil masa lebih kurang dua semester atau satu tahun.
Oleh itu ibu-bapa perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM5,000-RM6,000.00
untuk satu semester atau satu tahun.
-
KemajuanAkademik
- tidak memuaskan kerana sikap negatif, puas hati kerana dapat masuk universiti.
Pelajar malas dan tidak mempunyai visi, tidak pro aktif, wujud perasaan
takut dan terlibat dengan aktiviti bukan akademik.
-
Kelemahan dalam
peperiksaan (GPA atau CGPA yang rendah) selalunya pelajar-pelajar Dayak
jika dibandingkan dengan pelajar lain mempunyai GPA/CGPA yang rendah. Sebab-sebanya
ialah masalah berhubung dengan Bahas Inggeris, budaya pembelajaran dan
kekurangan kemahiran asas Sains dan Matematik (untuk mereka yang dari jurusan
sastera). Di samping itu pelajar keturunan Dayak didapati agak lambat menyesuaikan
diri dengan perubahan masa.
Masalah ibu-bapa
-
Tidak memberi
perhatian yang cukup untuk perkembangan akademik anak-anak mereka. Ibu-papa
mungkin bekerja di pasar dan mereka ini mungkin pulang ke kampong sekali
sekala setahun iaitu semasa perayaan
-
Kemahiran mengasuh
yang rendah
-
Pendapatan yang
rendah
-
Tidak mengetahui
sistem persekolahan
Peranan Ibu-Bapa
Ibu-bapa perlu
sedar bahawa zaman telah berubah. Kalau dahulu lulusan SJC/LCE atau Tingkatan
Tiga mudah mendapat kerja di mana mana. Pada Awal tahun 1970 an lepasan
Senior Cambridge juga mudah mendapat peluang menjadi kerani/guru dan sebagainya.
Tahun 1990an dan tahun-tahun yang bakal menjelang, pelajar lulusan SPM,
STPM dan mungkin lulusan Universiti mungkin susah untuk mendapat pekerjaan
sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Mereka yang akan diambil
kerja ialah mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat,
bidang sains, kejuteraan, bidang teknikal atau mereka yang mempunyai didikan
dalam bidang teknikal. Ibu-bapa perlu prehatin terhadap perkara ini dan
cuba menyediakan landasan untuk anak-anak mereka agar mereka tidak terus
terpinggir dalam arus pembangunan perdana yang dibawa oleh kestabilan politik
dan pembangunan ekonomi yang pesat.
-
Merancang untuk
pendidikan anak-anak mereka, perlu mengubah sikap kalau dahulu tidak pandai
menabung/mulalah tabiat menabung. Dikit-dikit lama-lama jadi bukit. Tabiat
ini mungkin akan menyelesaikan masalah tidak cukup duit ketika anak-anak
hendak masuk universiti kelak.
-
Wujudkan tempat
yang sesuai untuk kanak-kanak belajar ketika berada di rumah. Tunjuk teladan
yang baik sepanjang masa agar dapat dicontohi oleh anak-anak.
-
Bidang kerja dalam
bidang teknikal begitu luas sekiranya negara mencapai status negara maju
pada tahun 2020. Anak-anak yang tidak berpeluang memasuki universiti patut
digalakkan memasuki Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran MARA, Institut
Teknologi MARA, agar mereka berpeluang menambahkan kemahiran mereka supaya
mereka dapat bersaing dengan kaum-kaum lain dalam pasaran buruh.
-
Untuk mereka yang
berada/atau mampu membiayai pendidikan anak-anak mereka, saya syorkan agar
mereka dedahkan anak-anak mereka ke dalam dunia teknologi maklumat, bagaimana
mengendalikan komputer dan sebagainya supaya kemahiran-kemahiran ini dapat
membantu mereka mendapatkan pekerjaan kelak.
-
Anak-anak merupakan
asset paling penting, bagi masyarakat dayak. Oleh itu ibu-bapa perlu memberi
pendidikan yang sedinggi mungkin kepada anak mereka agar masyarakat tidak
terus ketinggalan. Melalui pendidikan anak-anak kita akan mampu duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan anak-anak bangsa lain. Dengan cara
yang demkian kita dapat mengangkat martabat bangsa kita, bukan sahaja di
Sarawak malah di pentas antarabangsa.