we need a good insfrstructure


[ Article Submission ]

Posted by Nak Danu on August 04, 2002 at 23:01:46:

shalom...sebagai anak bidayuh, kemajuan kampung amat dinantikan dari masa ke semasa. Dan apabila munculnya kempen pilihan raya, hampir kesemua impian penduduk menjadi nyata kerana mereka yang berkempen masing - masing memberi jaminan bahawa pembangunan akan 'muncul dengan segera'. Jadi tidak hairanlah penduduk kampung danu menyokong penuh Dr. Jerip pada pilihanraya yang lalu. sebagai anak kampung danu dan mahasiswa, saya sememangnya amat kesal dengan janji kempen pilihanraya. jika semasa kempen, penduduk kampung minta jambatan untuk menyeberangi sungai besar, membaiki jalan raya yang teruk dan tidak bertar dan projek eletrik, namun selepas kemenangannya, semua itu dilupakan. dimanakah janji janji yang disebut? jika disoal bila semua projek ini akan diberi, jawapannya sekejap lagi, ataupun tahun depan. munculnya tahun depan, tak juga projek yang diminta wujud. keadaan ini amat menyusahkan penduduk kampung teruama yang berulang alik dari pusat bandar ke kampung. selain itu, bekalan eletrik juga tidak disediakan. yang hairanya, kenapa kampung bengoh akan dapat projek eletrik sedangkan kampung danu tidak. jika dikaji, keadaan ini memang tidak adil kerana jarak antara kampung danu dengan bengoh hanya 2 km saja. disamping itu, kenapa jalan raya tidak dibaiki? banyak sangat ke kosnya. sedangkan dalam peta menunjukkan jalan danu sudah bertar? penipu. sudahlah jalan tersebut tidak bertar, kedaannya juga sangat teruk. batu sebesar kepala ada di mana mana. lubang sudah menjadi'sahabat' sejati di kala musim hujan dan musim gawai.
ini bukanlah kempen untuk memburukan Dr. Jerip dan James Dawos. tapi ini adalah kebenaran yang dilalui oleh kami penduduk kampung danu. hargainlah setiap sokongan yang diberikan oleh penduduk danu dalam meastikan kemenagan kamu. walaupun kampung ini kecil, namun pengaruhnya dalam kemenagan BN amat besar. keadilan yang dipinta dan bukanya simpati.
harapan selepas ini, jalan kampung danu mesti dibaiki dan ditarkan. projek eletrik pula harap sampai dalam setahun ini. jika tidak...see you.!!!akan muncul pembangkang dari kampung danu. dengan lulusan yang tinggi.!!
To Mike Deros Mapus, dont judge people because nobody can judge other people.
tq






Thank you for submitting your article to bidayuh dotcom. bidayuh dotcom do not edit the contents of this article. bidayuh dotcom have the right to remove any material posted found not fit or being request to remove.

If you like the article or would like to comment please send your email to the author.



[ Article Submission ]