Bahagian 2


[ Article Submission ]

Posted by Kollisa Anak Johia on June 27, 2005 at 12:27:54:

‘Jati diri’ selalunya dirujuk sebagai ‘motivasi diri’. Ia juga boleh dirujuk sebagai ‘asal-usul diri’. Jika dilihat dari sudut asal-usul diri, banyak antara generasi muda Bidayuh kini sudah lupa akan asal-usul nenek moyang mereka. Kalau mereka tahu pun hanya sedikit sahaja dan ini lebih baik daripada tidak tahu langsung berkenaan asal-usul mereka. Kita tidak perlu membincangkan asal-usul suku kaum Bidayuh secara menyeluruh tetapi sudah memadai kalau kita melihat bagaimanakah kehidupan nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Corak kehidupan nenek moyang kita dahulu adalah amat jauh bezanya jika dibandingkan dengan corak kehidupan kita pada hari ini kerana taraf hidup kita sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Mereka hidup dalam suasana yang serba kekurangan dan tiada pegangan agama, jika ada agama pun kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan kepada semangat dan roh alam(Paganisme). Generasi muda Bidayuh kini memang sangat beruntung kerana telah dilahirkan dalam zaman yang serba-serbinya lengkap dan juga telah dilahirkan dalam keluarga yang telah mempunyai pegangan agama yang lebih menjamin kesejahteraan hidup di dunia seperti Agama Kristian. Walaupun kehidupan Orang Bidayuh kini boleh dikatakan setaraf dengan kehidupan kaum-kaum lain di Negara Malaysia, tetapi kita jangan lupa akan asal-usul kita dan sejarah suku kaum kita yang merupakan aset terpenting bagi mencerminkan jati diri kita. Sebagai contoh; suku kaum Bidayuh Jagoi yang majoritinya terdapat di Daerah Bau suatu ketika dahulu pernah menjadi buruh paksa tanpa upah di lombong antimoni di kawasan mereka semasa Negeri Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Oleh itu, bakal-bakal pemimpin Bidayuh haruslah mempraktikkan corak kepimpinan yang berkonsepkan ‘kepimpinan melalui teladan’. Jika kita tersilap langkah dalam memimpin kaum kita, tidak mustahil sejarah pahit tersebut akan berulang kembali di tanah tumpahnya darah kita kerana tanpa disedari ada pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan atas kelemahan dan kesilapan kita untuk menafikan hak dan kepentingan kita di tanah air sendiri.
Dari sudut motivasi diri pula, saya lebih suka membincangkan aspek ini berdasarkan nilai-nilai moral yang perlu wujud dalam diri setiap individu Bidayuh seperti generasi mudanya lebih-lebih lagi golongan belia bagi menjamin kewibawaan mereka dalam memimpin kaum, agama, dan apa jua bentuk organisasi yang diterajui oleh mereka. Sebelum itu, kita lihat dahulu apakah itu ‘nilai moral’? ‘Nilai’ adalah sifat ketinggian dari segi pemikiran, agama, dan kemasyarakatan. ‘Moral’ pula adalah sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak(budi pekerti, kelakuan atau tabiat). Di sini, saya telah menggariskan 5 nilai-nilai moral atau lebih sesuai dipanggil petua dalam konteks perbincangan kita untuk melahirkan seorang pemimpin Bidayuh yang berkeperibadian unggul:

ÿ Cemerlang
ÿ Amanah
ÿ Disiplin
ÿ Kefahaman dan pegangan agama yang kukuh
ÿ Mesra

Kita akan melihat huraian setiap petua itu dengan lebih jelas.

Bersambung...







Thank you for submitting your article to bidayuh dotcom. bidayuh dotcom do not edit the contents of this article. bidayuh dotcom have the right to remove any material posted found not fit or being request to remove.

If you like the article or would like to comment please send your email to the author.



[ Article Submission ]