Ke Arah Kepimpinan Bidayuh Yang Cemerlang


[ Article Submission ]

Posted by Kollisa Anak Johia on June 24, 2005 at 22:39:34:

Ke Arah Kepimpinan Bidayuh Yang Cemerlang

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Ke Arah Kepimpinan Bidayuh Yang Cemerlang’? Ungkapan tersebut dapat didefinisikan sebagai ‘menuju dan mempertingkatkan mutu kebolehan Orang Bidayuh dalam mengetuai sesebuah organisasi’. Organisasi boleh merujuk kepada badan kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) yang boleh terdiri daripada pelbagai jabatan, institusi, pertubuhan, dan persatuan. Dalam konteks ke arah kepimpinan Bidayuh yang cemerlang, kita akan melihat bagaimana Orang Bidayuh boleh mempertingkatkan mutu kepimpinan mereka dalam memimpin sesebuah organisasi ke arah yang lebih kompetitif dalam menyelusuru gelombang arus perdana globalisasi. Suku kaum Bidayuh termasuk dalm satu kumpulan kaum yang dikenali sebagai Dayak bersama-sama dengan suku kaum Iban, Orang Ulu, dan pelbagai etnik peribumi Negeri Sarawak yang lain. Kaum Dayak merupakan kaum majoriti di Negeri Sarawak tetapi merupakan kaum minoriti di Negara Malaysia. Walaupun suku kaum Bidayuh adalah suku kaum minoriti, tetapi kita harus ingat ‘tangan yang menghayun buaian mampu untuk menggegar dunia’. Jika kita mahu melihat Orang Bidayuh terus mendapat tempat dan peluang dalam memimpin dan membangunkan negari khasnya dan negara amnya, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai Orang Bidayuh dan rakyat yang dipimpin untuk terus bersatu dengan mengetepikan pelbagai ideologi dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin yang terdiri daripada Orang Bidayuh sendiri yang telah dipilih secara demokratik iaitu melalui suara majoriti. Teruskan sokongan kepada beliau jika kita tidak mahu menjadi ‘penyaksi kepada pembangunan negeri dan negara’ serta menjadi ‘hamba di tanah air sendiri’. ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Dalam aspek kepimpinan Orang Bidayuh dalam pelbagai organisasi di peringkat negeri dan negara, keaktifan dan kecemerlangan mereka masih tidak begitu jelas. Inilah satu cabaran yang harus ditempuhi oleh generasi muda Bidayuh yang lebih menjurus kepada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. ‘Belia Bidayuh Adalah Harapan Bangsa Bidayuh’. Kegagalan menghadapi cabaran tersebut akan menjadi ‘sendi kelemahan’ yang boleh menggagalkan keupayaan mereka untuk mencapai cita-cita sebagai pewaris kepimpinan Bidayuh masa kini. Golongan belia Bidayuh haruslah melakukan anjakan paradigma dan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di peringkat masyarakat. Untuk mengaktifkan golongan belia Bidayuh, para pemimpin Bidayuh kini haruslah mula memikirkan dan mengambil pelbagai inisiatif untuk melibatkan golongan belia tersebut dalam pelbagai aktiviti bercorak kepimpinan seperti menubuhkan sebuah persatuan khas yang berasaskan belia Bidayuh. Mungkin persatuan ini boleh diletakkan di bawah kelolaan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh(DBNA). Persatuan seumpama ini adalah amat penting dalam mendidik dan melatih golongan belia Bidayuh tentang cara-cara memimpin dan bergaul dengan orang di sekeliling mereka selain berfungsi untuk hak dan kepentingan Orang Bidayuh. Persatuan ini turut dilihat mampu untuk mengurangkan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah di kalangan belia Bidayuh seperti menunggang motosikal, minum arak, berjudi, dan sebagainya. Bukankah pada masa yang sama 2 perkara dapat dilakukan, pertama, belia Bidayuh mempunyai pengenalan tentang kemahiran memimpin dan bagaimana hendak memupuk integrasi dengan masyarakat sekitar, kedua, aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan keuntungan dapat dikurangkan. Namun begitu, dalam keghairahan kita untuk melahirkan belia Bidayuh yang mempunyai ketrampilan dalam memimpin, kesediaan belia itu haruslah ada lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang jati diri mereka.

Bersambung...







Thank you for submitting your article to bidayuh dotcom. bidayuh dotcom do not edit the contents of this article. bidayuh dotcom have the right to remove any material posted found not fit or being request to remove.

If you like the article or would like to comment please send your email to the author.



[ Article Submission ]